Mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keseniaan bermaksud perihal seni yang berkaitan dengan keindahan dan kehalusan dalam sesebuah budaya. Tamadun india adalah sebuah tamadun yang mempunyai pelbagai ciri-ciri yang agak unik dalam aspek kebudayaan. Sebab ini tamadun india telah mewujudkan warna-warni dalam kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia.
Antara-antara sumbangan kesenian tamadun India yang terdapat dalam Malaysia adalah seni tarian. Seni tarian yang mengandungi kebudayaan kaum India di Malaysia iaitu tarian yang kaya dengan pelbagai langkah yang menarik. Langkah-langkah ini telah mewujudkan suasana kepelbagaian di Malaysia yang sememangnya kaya dengan pelbagai bangsa dan agama. Tarian ini telah menjadi tarian yang harus dipersembahkan kepada raja pada masa itu iaitu Akhbar Khan, pemerintah kerajaan India. Tarian ini masih dipersembahkan oleh kaum India khususnya di India. Manakala, budaya Muzik di India telah dibahagikan kepada dua iaitu tradisi muzik Hindustan di utara dan tradisi muzik Karnatak di selatan. Ramai ahli muzik yang terkenal seperti Nayak Baiju, Ram Das Raj Bahadur (raja dari Malwa) , Tan Sen,dan Tantarang Khan.
Salah satu tarian yang masih di amalkan oleh kaum India pada hari ini ialah Tarian Bharata Natyam. Tarian ini merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi.Tarian ini mengambil masa yang lama untuk menguasainya kerana terdapat pelbagai gerakan kaki, mata dan tangan yang perlu dipelajari.Hal ini demikian kerana tarian ini wajib dipersembahkan dengan lengkap dan penuh dengan kegemilangan untuk menunjukkan kehormatan. Tarian ini adalah berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India.
Dalam tradisi, tarian ini akan dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita india.Sebuah persembahan yang merangkumi enam peringkat yang dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana akan dikatakan sebagai tarian yang lengkap. Enam peringkat ini telah menggabungkan elemen Nritta atau dikenali sebagai tarian tulen dan Nritya.
Selain itu, Tarian Khatak ini merupakan antara satu tarian klasikal di India. Perkataan Kathak berasal daripada perkataan India Katha yang membawa maksud ‘seni bercerita’. Dari sifat asalnya adalah sejenis ekspresi yang menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu, Kathak berkembang ke istana-istana pemerintah. Tarian yang klasikal ini memiliki langkah tarian yang menarik dan perlu diiringi dengan alat muzik yang boleh menghidupkan seni tarian klasik yang dipersembahkan oleh penari India.Dalam kalangan alat muzik India yang terkenal adalah seperti Ghana Jati (alat muzik gendering),Tata Jati (alat muzik bertali), Sushir Jati(alat tiupan) dan Vitata Jati (alat muzik bertali). Alat muzik purba dari India ialah drum dan gong. Dua alat muzik ini dikenali sebagai genderang dan mridangan yang berasal dari Selatan India yang telah dikatakan bahawa tidak berapa berkembang. Mridangan boleh menghasilkan bunyi yang merdu yang pelbagai jenis. Di sebelah utara pula, dua buah drum dan table adalah alat muzik yang sangat penting kepada muzik India pada hari ini. Alat muzik bertali seperti biola, petikan gitar sejenis pancang (sebatang kayu atau tembaga yang digunakan untuk tunjuk pada hujung yang ditolak ke dalam).
Secara keseluruhannya, seni tarian masyarakat India dan Melayu adalah terdiri daripada beberapa jenis tarian dan juga mempunyai keunikan seninya yang tersendiri dan berlainan antara satu dengan yang lain. Walaupun demikian, matlamat sebenarnya adalah untuk hiburan dan dijadikan sebagai bahan hiburan yang diwarisi dari dahulu hinggalah ke hari ini. Oleh itu tarian dua masyarakat yang berlainan ini diharapkan supaya akan berkekalan dan diwariskan kepada generasi yang seterusnya.
5.0 Budaya
Adat resam boleh dikatakan sebagai suatu ataupun cara hidup sebuah bangsa. Adat resam ini akan mencerminkan segala perlakuan yang dilakukan pada setiap hari atau setiap musim sama ada berpandukan bulan ataupun tahun. Perkataan yang agak sama dengan adat ialah budaya. Walaupun dari suara berbeza,tetapi dari maksud adat dan budaya merupakan konsep yang sama. Kebudayaan dan peradaban ialah satu kesatuan yang kompleks yang mengandungi kesenian,kepercayaan,pengetahuan, undang undang, adat resam, tatasusila, dan lain-lain. Sebelum kedatangan Islam, agama, kebudayaan Hindu-Buddha telah lama bertapak kukuh dalam masyarakat alam melayu. Mereka akan menyapa dengan “vanakam” dan sentiasa tanya khabar tentang kerja, kesihatan, serta perniagaan atau sebagainya. Tetamu akan dijamukan dengan minuman ataupun makanan. Tetamu harus menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah yang melayannya. Kegunaan tangan kanan merupakan tanda kebaikan dan kesyukuran kepada tuan rumah yang melayannya.
Agama Hindu boleh dikatakan sebagai anutan kebanyakkan masyarakat atasan sebagai contoh golongan istana dan pembesar. Hal ini kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri. Rakyat biasa atau bawahan pula menganut kepercayaan animisme. Hal ini demikian kerana asalnya agama Hindu telah dianggap sebagai sebuah agama yang suci dan hanya layak dianuti oleh golongan atasan seperti golongan raja dan golongan Brahmin. Tamadun India banyak mempengaruhi adat dan budaya masyarakat melayu di Malaysia.
Adat Melayu dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu boleh mendapati daripada kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Kitab-kitab tersebut merupakkan karya-karya agung yang menjadi asas rujukan kepada agama Hindu. Ia juga berfungsi sebagai tunjang kepada pengurusan hidup sebelum kedatangan pengaruh Islam ke Asia tenggara terutamanya di Malaysia. Apabila adat resam ini diamalkan,Islam masih belum sampai ke Nusantara. Adat-adat dalam tamadun India masih diamalkan oleh masyarakat Malaysia sehingga pada hari ini. Contohnya upacara perkahwinan dan persandingan di dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu adalah salah satu adat Hindu yang masih di amalkan di Malaysia. Selain itu, dalam adat resam perkahwinan pasangan yang berkahwin akan dikatakan sebagai raja sehari dan mengadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan yang berkahwin akan diletakkan di atas pelamin tanpa gerak. Upacara persandingan telah menjadi satu kewajipan walaupun persandingan adalah adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab ini pengantin baru akan digelar sebagai Raja Sehari. Selain itu, penggunaan sirih pinang dan beras kunyit merupakan pengaruh daripada Hindu dan tujuan penggunaan beras kunyit adalah untuk memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Hal ini telah menjelaskan pengaruh tamadun India dari segi perkahwinan dan persandingan ini patut dijalankan oleh masyarakat Melayu di Malaysia.
Pengaruh Hindu yang telah menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu yang kedua ialah adat melenggang perut. Adat ini hanya akan dijalankan ke atas isteri yang telah genap tujuh bulan hamil. Tujuannya adalah untuk membetulkan kedudukan bayi di dalam perut, iaitu bahagian kepala pintu Rahim. Perkara ini adalah sangat penting bagi memudahkan ibu bersalin dan bayi tidak akan mengalami kelemasan di perut. Upacara ini akan dijalankan oleh Tuk Bidan dan merupakan salah satu kepercayaan animisme yang berunsur ghaib. Bahan dan alat yang akan digunakan semasa upacara ini dijalankan ialah buah kelapa dan beras kunyit supaya ibu boleh melahirkan anak dengan lebih senang serta selamat. Jampi mentera akan dibacakan oleh bidan pada permulaan upacara dan mengandam wanita hamil tersebut. Seterusnya, tepung tawar yang disebut tadi akan dicalit ke atas muka wanita hamil itu dan beras kunyit akan ditaburkan oleh bidan. Adat resam ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu dan diikuti oleh kaum melayu di Malaysia.
Seterusnya, adat berinai juga adalah adat-adat yang diwarisi sejak tamadun Hindu dan telah diikuti oleh masyarakat Melayu Malaysia. Majlis berinai ini akan dijalankan secara berperingkat. Majilis ini mempunyai tiga peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Biasanya berinai curi dijalankan pada waktu petang hari. Manakala berinai kecil pula akan dilakukan selepas berinai curi pada sebelah petang. Bagi istiadat berinai besar,peringkat ini hanya akan dijalankan pada malam sebelum majlis langsung untuk jemputan khas daripada dua pihak pengantin. Pengantin perempuan akan memakai inai pada semua jari tangan dan kakinya .. Manakala, pengantin lelaki hanya perlu memakai inai pada jari hantu, jari kelingking dan jari manis pada sebelah tangan sahaja. Corak lukisan inai dilukis di atas tangan telah dimulakan oleh masyarakat Melayu sejak beberapa tahun lamanya .Corak ini berasal dari pengaruh tamadun Hindu di India. Di Malaysia pula, majlis perkahwinan masyarakat India akan dijalankan oleh pendanda. Upacara perkahwinan ini akan dimulakan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan secara lancar. Dulang berisi atchatai akan dibahagikan kepada semua hadirin.
Atchatai merupakan sejenis beras yang akan dicampurkan dengan kunyit dan bunga yang ditaburkan di atas.Beras ini biasabya digunakan untuk member restu kepada pengantin semasa upacara mengikat thali dijalankan. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki.dan pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan. Thaali dihendaki supaya menyentuh dada dan benang suci itu akan disimpulkan sebanyak tiga kali. Semasa upacara dijalankan, atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali dan pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan lalu mengelilingi api sebanyak tiga kali.
Yang seterusnya adalah adat membelah mulut bayi. Adat ini adalah sebuah upacara yang akan mencecah garam ke mulut bayi yang baru lahir . Upacara ini sama dengan adat Hindu yang akan mencecahkan bibir bayi dengan madu dan minyak sapi supaya bayi akan panjang umur dan mendapat kebahagiaan. Tetapi bagi adat Islam adat pula bahan upacara ini akan diganti dengan mencecapkan air zam-zam ke bibir bayi. Bacaan mentera yang biasa akan dilakukan sebelum adat ini dimulakan juga digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas dan kemudiannya pembacaan doa.
Tamadun India juga telah berjya mempengaruhi tamadun Melayu di Malaysia dari segi makanan. Antara contohnya ialah, makanan tradisional tamadun India adalah puri, roti canai dan juga paratha. Makanan-makanan ini adalah makanan kegemaran kaum india. Sekarang, makanan ini semakin hari semakin digemari oleh masyarakat Melayu di Malaysia. Roti canai telah berjaya meletakkan tarafnya sama dengan nasi lemak . Nasi lemak ialah makanan tradisional Melayu. Namun begitu,Capati dan tosai juga tidak lama ketinggalan kerana kedua-dua makanan ini mengandungi khasiat yang banyak dan amat sesuai untuk mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Makanan ini biasanya akan dicicah bersama dal, kari dan sambal. Di samping itu, tosai ini mempunyai banyak nama lain seperti dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli mengikuti suku kaum. Tosai juga mempunyai pelbagai cara makan seperti tosai telur, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering kali dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India. Tosai ini boleh didapati di mana-mana gerai atau atau kedai mamak dan juga di restoran India. Makanan tradisional India ini dimakan sebagai sarapan pagi mahupun dijadikan minum petang. Tosai kaya dengan karbohidrat dan protein.
Selain itu, makanan tradisional yang lain seperti kuih muih tamadun India iaitu muruku. Muruku juga seolah-olah tosai mempunyai pelbagai nama yang berlainan. Antaranya termasuk chakri serta chakli. Bahan-bahan utama untuk menyediakan muruku ialah urad dan tepung beras. Muruku sentiasa dihidangkan sebagai makanan ringan pada hari perayaan.Semua orang tidak kira kaum dan umur akan menikmati makanan traditional ini kerana maruku sangat lazat.
Dari segi pakaian tradisional, tamadun India banyak mempengaruhi tamadun Melayu. Antara pakaian tradisional tamadun India yang pelbagai jenis adalah sari. Pakaian sari sangat terkenal kerana rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum amat meminati reka bentuknya. Sari dibuat dengan sebidang kain yang berukuran lima hingga hingga ela panjang yang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut. Kain sari akan dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi untuk menyokong kain sari dari terlucut. Sari ini diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang cantik.
Di samping itu, kurta ialah pakaian tradisional India yang disukai oleh lelaki kaum India. Kurta merupakan kemeja jenis panjang yang akan sampai ke lutut.Kurta ini diperbuat daripada kain kapas dan sutera. Biasanya,kurta akan dipakai bersama dengan seluar longgar ataupun salwar longgar. Kurta pajama adalah sejenis kurta yang dipakai akan dipakai bersama pajama mana kurta pajama akan dipakai apabila menyertai segala majlis-majlis yang rasmi. Kurta ini dapat dipakai bersama dhoti. Dhoti adalah sejenis kain yang berbentuk segi empat panjang yang akan dilonggarkan sepanjang lima meter dan akan dililit di sekitar pinggang serta kaki.

x

Hi!
I'm Kyle!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out