Topic: Tech & EngineeringData

Last updated: May 17, 2019

i SISTEM PENGANUGERAHAN KEJURULATIHAN BERKANU DAN PENGURUSAN AHLI MBOCE MUHAMMAD ARIZA MAL IND BIN MISRAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer ( Kejuruteraan Perisian ) dengan Kepujian Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JULAI 2016ii Saya akui laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Pelajar : ………………………………..

…….. MUHAMMAD ARIZA MAL IND BIN MISRAN Tarikh : ……………………………………… Penyelia : ……………………………………… PN HANNANI BINTI AMAN Tarikh : ……………………………………….iii DEDIKASI Untuk ibu tercinta Pn Miskiah Bt A.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Samad dan ayah tersayang En. Misran B. Paiman, terima kasih atas segala sokongan dan doa serta kepada semua rakan-rakan seperjuangan atas tunjuk ajar dan saranan tidak lupa juga kepada penyelia projek sarjana muda Pn Hannani Binti Aman. Saya dedikasikan hasil laporan projek sarjana muda ini untuk anda semua. Terima kasih.iv PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada insan yang sudi berkongsi ilmu dalam proses saya menyiapkan laporan ini khususnya saudara Ahmad Najmi dan Ahmad Hafizuddin B Ahmad Fuad yang sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu dalam bahasa pengaturcaraan php dan juga penyelia projek sarjana muda saya, Pn Hannani Binti Aman.

Selain itu, jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari kursus kejuruteraan perisian yang selalu memberi dorongan dan bantuan dalam menyiapkan laporan serta sistem ini. Penghargaan juga ditujukan kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menyiapkan laporan projek sarjana muda ini. Akhir sekali, sekalung penghargaan buat ahli jawatankuasa Malaysian Board Of Canoe Education(MBOCE) yang sedia dan sudi membantu dalam menyiapkan laporan projek sarjana muda ini.v ABSTRAK Pembangunan sistem penganugerahan kejurulatihan berkanu dan pengurusan ahli MBOCE sebagai satu sistem baru bagi menggantikan sistem manual pengurusan pihak MBOCE kepada sistem automasi yang lebih mudah digunakan telah merubah persepsi pengguna atau peserta kayak bahawa pendaftaran untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan pihak MBOCE amat sukar kerana perlu menghadirkan diri di ibu pejabat organisasi ini yang terletak di Klang, Selangor serta pengurusan maklumat peserta yang memakan ruang dan kos penyimpanan bagi pihak pengurusan. Sistem ini dibangunkan untuk mengatasi masalah tersebut. Kajian untuk mengenalpasti keperluan dan kehendak pihak pengguna dan pentadbir telah dilaksanakan dengan menggunakan teknik temuramah dan eksplorasi laman web badan induk organisasi ini. Melalui teknik ini, pelbagai maklumat telah diperolehi seperti maklumat peserta, rekod rasmi organisasi.

Hasil dari menggunakan teknik ini mendapati permasalahan ini menyukarkan kedua belah pihak sama ada untuk menyertai aktiviti yang disediakan mahupun menyimpan maklumat yang sedia ada yang memakan kos dan ruang kerana dilakukan secara manual. Oleh itu, integrasi sistem dapat direalisasikan melalui suatu kerangka yang memenuhi beberapa keperluan utama berteraskan konsep yang boleh diterima serta melibatkan tiga fasa pengukuhan termasuk membentuk sistem yang mesra pengguna, proses penyimpanan maklumat yang efisyen serta kemudahan interaksi dua hala kedua belah pihak.vi ISI KANDUNGAN TAJUK i DEKLARASI ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ISI KANDUNGAN vi SENARAI JADUAL iix SENARAI RAJAH x SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xii SENARAI LAMPIRAN xii BAB 1 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Penyataan masalah 2 1.3 Objektif 3 1.4 Skop 3 1.

4.1 Modul pengguna 3 1.4.2 Sistem 3 1.

4.3 Modul 4 1.4.3.1 Modul laman utama 4 1.4.

3.2 Modul anugerah 4 1.4.3.3 Modul admin 4 1.5 Keputusan jangkaan 5 1.

6 Kepentingan projek 5 1.7 Kesimpulan 6 BAB 2 7 2.1 Pengenalan 7vii 2.2 Sistem 8 2.3 Bank soalan 8 2.

4 Sistem atas talian 9 2.5 Sistem manual pengurusan MBOCE 9 2.6 Sistem penganugerahan kejurulatihan berkanu dan pengurusan ahli MBOCE 10 2.7 Kajian terhadap sistem setara 11 2.7.1 Sistem maklumat akademik pelajar (SMAP ) 11 2.7.

2 Web portal SMK Arau 13 2.7.3 Sistem janaan soal selidik Survey Monkey 15 2.8 Perbandingan sistem setara dengan sistem cadangan 16 2.9 Kesimpulan 18 BAB 3 19 3.1 Pengenalan 19 3.

2 Model air terjun 19 3.2.1 Fasa perancangan 21 3.2.2 Fasa analisis 22 3.2.

3 Fasa rekabentuk 23 3.2.4 Fasa implementasi 24 3.2.5 Fasa pengujian 24 3.3 Keperluan perkakasan dan perisian 25 3.

3.1 Keperluan perkakasan Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE 25 3.3.2 Keperluan perisian 26 3.4 Kesimpulan 27 BAB 4 28 4.1 Pengenalan 28 4.2 Analisa keperluan sistem 28 4.

2.1 Rajah Carta Alir 29 4.2.2 Gambarajah Konteks 32viii 4.2.4 Rajah Aliran Data aras 0 33 4.2.

4 Rajah Aliran Data aras 1 35 4.2.5 Requirement Tracebility Matrix 39 4.3 Rekabentuk sistem 40 4.3.1 Rajah Hubungan Entiti 40 4.3.2 Rekabentuk Pangkalan Data 41 4.

3.3 Kamus Data 42 4.4 Rekabentuk antaramuka 44 4.5 Kesimpulan 47 BAB 5 48 5.1 Pengenalan 48 5.2 Implementasi 48 5.3 Penulisan kod aturcara 49 5.

3.1 Konfigurasi sambungan pangkalan data 49 5.3.2 Implementasi antaramuka 50 5.

3.2.1 Modul pendaftaran akaun baru 50 5.3.2.

2 Modul log masuk 52 5.3.2.3 Modul kemaskini maklumat pengguna 54 5.3.2.4 Modul padam maklumat 57 5.3.

2.5 Modul ujian teori 59 5.4 Pengujian 63 5.

4.1 Pengujian kefungsian sistem 64 5.4.2 Pengujian penerimaan pengguna dan pentadbir 65 5.5 Kesimpulan 66 BAB 6 67 6.1 Pengenalan 67 6.

2 Kelebihan sistem 67 6.3 Kekangan sistem 68 6.4 Cadangan masa hadapan 69 6.5 Kesimpulan 69 RUJUKAN 70ix SENARAI JADUAL 2.1 Perbandingan sistem setara dengan sistem cadangan 16 3.1 Keperluan perkakasan 26 3.2 Keperluan perisian 26 4.1 Requirement Traceability Matrix 39 4.

2 Jadual pangkalan data 42 4.3 Jadual data pengguna 42 4.4 Jadual data ujian 43 4.5 Jadual data anugerah 43 4.6 Jadual soalan 44 4.7 Jadual admin 44 5.1 Jadual hasil pengujian sistem 49 5.

2 Komen daripada pengguna & pentadbir 66x SENARAI RAJAH 2.1 Antaramuka SMAP UTHM 13 2.2 Antaramuka Web Portal SMK Arau 14 2.3 Antaramuka sistem janaan soal selidik Survey Monkey 16 3.1 Model air terjun 21 4.

1 Carta Alir Pengguna 29 4.2 Carta Alir Pihak MBOCE 31 4.3 Rajah Konteks Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE 32 4.4 Rajah Aliran Data Paras 0 34 4.

5 Rajah Aliran Data Paras 1 Proses 1.0 Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE 35 4.6 Rajah Aliran Data Paras 1 Proses 2.0 Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE 36 4.7 Rajah Aliran Data Paras 1 Proses 3.0 Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE 37 4.8 Rajah Aliran Data Paras 1 Proses 4.0 Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE 38 4.

9 Rajah Aliran Data Paras 1 Proses 5.0 Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE 38 4.10 Rajah Hubungan Entiti Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE 41 4.11 Rajah antaramuka log masuk Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE 45 4.12 Rajah antaramuka pendaftaran Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE 46 4.13 Rajah antaramuka laman utama Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE 46 5.

1 Keratan aturcara bagi menghubungkan pangkalan data dan antaramuka 49xi 5.2 Antaramuka pendaftaran 50 5.3 Keratan kod aturcara pendaftaran 52 5.4 Antaramuka modul log masuk 52 5.5 Keratan kod aturcara log masuk 54 5.6 Antaramuka kemaskini maklumat oleh pengguna 55 5.

7 Keratan kod aturcara kemaskini maklumat 56 5.8 Antaramuka proses padam maklumat 57 5.9 Keratan kod aturcara padam maklumat oleh pentadbir 58 5.10 Antaramuka pilihan modul ujian teori 59 5.11 Antaramuka soalan ujian teori 60 5.12 Antaramuka pengiraan markah ujian teori 60 5.

13 Antaramuka proses penghantaran markah ujian teori 61 5.14 Keratan kod aturcara proses pengiraan markah ujian teori 62 5.15 Keratan kod aturcara penghantaran markah ujian teori 63xii SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN MBOCE – Malaysian Board of Canoe Association UTHM – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia SMAP – Sistem Maklumat Akademik Pelajar IPTA – Institut Pengajian Tinggi Awam B – Bersara PKM – Persatuan Kanu Malaysia MASCA – Malaysia Canoe Association SMK – Sekolah Menengah Kebangsaan PSV – Pendidikan Seni Visual ICT – Information of Communication and Technology ICTL – Information of Communication and Technology Literacy PT3 – Penilaian Tingkatan 3xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Gantt Chart 71 B Soalan temuramah 72 C Borang pengujian penerimaan pengguna 731 BAB 1 PENDAHULUAN 1.

1 Pengenalan Lembaga Pendidikan Kanu Malaysia (MBOCE) merupakan satu badan di bawah Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) yang menjalankan kursus – kursus kayak di Malaysia bagi penggiat aktif sukan kayak di Malaysia. MBOCE ini diketuai oleh Encik Mazuki Mohd Yasim dan YB Encik Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar sebagai Penaung manakala Laksamana Pertama (B) Dato’ Subramaniam A/L Raman sebagai penasihat badan ini di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (Masca, 2015). MBOCE dikukuhkan lagi dengan sokongan kuat sepuluh orang ahli jawatankuasa yang menjadi tulang belakang badan ini. Sehingga kini, MBOCE telah mempunyai seramai 85 ahli berdaftar seluruh Malaysia sama ada sebagai seorang atlet kayak di bawah Persatuan Negeri atau jurulatih kayak serta peserta kursus yang disediakan oleh pihak MBOCE (Masca, 2015). Badan Pendidikan Kanu ini sering kali menganjurkan kursus – kursus untuk melatih penggiat – penggiat kayak supaya benar-benar mahir dalam berkayak antaranya Kursus Anugerah Bintang Satu untuk penggiat kayak yang baru dan tiada pengalaman dalam berkayak. Manakala, Kursus Anugerah Bintang Dua pula adalah kursus lanjutan dan seterusnya ke Kursus Asas Kejurulatihan yang mengiktiraf peserta yang menghadiri kursus ini sebagai Jurulatih kayak yang telah lulus dalam ujian bagi setiap tahap iaitu ujian teori dan praktikal. Selain itu, lanjutan daripada kursus Asas Kejurulatihan adalah Anugerah Keselamatan Berkanu, Anugerah Kejurulatihan dan akhir sekali adalah Panel Pemeriksa (Masca, 2015). Lembaga Pendidikan Kayak Malaysia ini lebih tertumpu kepada badan yang melatih penggiat aktif kayak menjadi seorang yang terlatih dari segi teori dan praktikal yang melayakkan diri sebagai seorang jurulatih.

MBOCE akan2 menyediakan modul dan segala peralatan bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang kursus (Masca, 2015). 1.2 Penyataan masalah Lembaga Pendidikan Kanu Malaysia (MBOCE) pada mulanya menggunakan sistem manual di mana berlaku kesulitan dalam menyediakan soalan-soalan teori bagi menguji peserta kursus kejurulatihan berperingkat kerana sering kali berlaku pertindanan soalan dan soalan sama berulang kali dihasilkan bagi peserta kursus kejurulatihan siri yang berlainan.

Susunan soalan juga tidak sistematik di mana aras sukar kadangkala diletakkan di permulaan set kertas soalan teori manakala soalan aras mudah di penghujung set soalan ataupun sebaliknya. Selain itu, penyimpanan maklumat para peserta kursus yang di anjurkan di simpan di dalam fail berasingan mengikut kursus yang dihadiri. MBOCE mengalami kesulitan dalam mengklasifikasikan kelayakan peserta kerana fail itu bercampur dan maklumat peserta mudah hilang dan tercicir serta kos penyimpanan yang tinggi kerana menggunakan kertas yang banyak. Tambahan pula, capaian maklumat lama iaitu bagi peserta yang telah lama menyertai atau bergiat aktif dalam sukan kayak di Malaysia amat sukar kerana pertukaran pucuk pimpinan badan ini disebabkan oleh penyandang jawatan pengerusi badan yang sebelumnya hanya bergerak sendiri tanpa ahli jawatankuasa dan berlaku kehilangan dokumen para peserta kursus (Masca, 2015). MBOCE juga mengalami kesulitan kerana kemasukan maklumat peserta kursus yang baru yang semakin ramai dipacu oleh promosi yang dijalankan Kementerian Belia dan Sukan yang menggalakkan penyertaan penggiat aktif kayak di Malaysia mendaftar menjadi ahli baru MBOCE bagi menjadi jurulatih mahupun atlet.3 1.3 Objektif Matlamat utama sistem pengurusan maklumat ahli MBOCE ini adalah untuk : i.

Merekabentuk sistem penganugerahan kejurulatihan berkanu dan pengurusan ahli MBOCE. ii. Membangunkan sistem penganugerahan kejurulatihan berkanu dan pengurusan ahli MBOCE. iii. Menguji sistem penganugerahan kejurulatihan berkanu dan pengurusan ahli MBOCE. 1.4 Skop 1.

4.1 Modul pengguna Skop pengguna bagi sistem ini adalah terdiri daripada Lembaga Pendidikan Kanu Malaysia sebagai pentadbir dan peserta atau pelatih kayak yang terlibat secara langsung dan bergiat aktif di Malaysia. Mereka boleh mencapai sistem ini tanpa ada sekatan melainkan jika mereka ingin mendaftar bagi ujian untuk setiap penganugerahan kejurulatihan berkanu yang disediakan. Sistem ini juga menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya.

1.4.2 Sistem Sistem ini berasaskan web. Ia juga menggunakan bahasa pengaturcaraan PhP dan perisian DreamWeaver serta Xampp server.

Sistem ini juga dapat merekodkan aktiviti atau kursus yang disediakan oleh MBOCE dan dihadiri oleh peserta dan terdapat beberapa modul iaitu laman utama yang mengandungi bahagian sasaran, latarbelakang, anugerah, aktiviti dan admin bagi pengurusan web dan ahli mboce. Manakala, di dalam bahagian modul anugerah terdapat modul pengenalan, ujian teori, nota silibus mboce dan tutorial.4 1.4.3 Modul 1.4.

3.1 Modul laman utama Modul laman utama ini mengandungi bahagian sasaran, latarbelakang, anugerah, aktiviti dan admin bagi pengurusan web dan ahli MBOCE. Antaramuka laman utama ini lebih kepada maklumat asas mengenai mboce seperti misi, visi, carta organisasi MBOCE dan jenis aktiviti yang disediakan serta anugerah yang disediakan oleh MBOCE. 1.4.

3.2 Modul anugerah Modul anugerah ini mengandungi empat sub modul yang merupakan bahagian penting sistem penganugerahan kejurulatihan berkanu dan pengurusan ahli MBOCE ini. Ia mengandungi modul pengenalan yang menerangkan tentang anugerah yang disediakan oleh mboce seperti anugerah bintang 1, bintang 2, asas jurulatih dan kejurulatihan. Selain itu, terdapat juga sub modul ujian teori iaitu pengguna akan mendaftar bagi mengakses modul ini bagi proses simpanan maklumat mereka. Pengguna yang berdaftar akan log masuk dan menjawab ujian teori yang dijana yang menentukan kelayakan mereka untuk menerima penganugerahan.

Manakala, pengguna yang belum mendaftar boleh mendaftar dan meneruskan untuk menjawab soalan teori yang disediakan. Di samping itu, terdapat juga sub modul nota silibus mboce dan tutorial di mana modul ini menyediakan khidmat muat turun nota silibus mboce dan tutorial pula memaparkan video ringkas untuk ujian praktikal bagi melayakkan pengguna menerima penganugerahan selepas lulus ujian teori. 1.4.3.3 Modul admin Modul admin adalah bahagian bagi pihak mboce untuk mengawal sistem ini dimana pihak mboce boleh mendapat senarai nama pengguna berdaftar dengan mboce dan mengesahkan kelayakan penganugerahan serta mengemaskini soalan ujian teori yang disediakan dalam sub modul ujian teori. Selain itu, segala maklumat asas di laman5 utama boleh dikemaskini oleh mboce bagi pengetahuan pengguna yang telah mahupun belum berdaftar. 1.

5 Keputusan jangkaan Sistem pengurusan maklumat ahli MBOCE yang bakal dibangunkan dapat menjimatkan tenaga banyak pihak. Sebagai contoh, peserta tidak perlu datang ke pusat atau pejabat MBOCE jika mahu semak atau mendaftar sebagai ahli baru MBOCE atau untuk menyertai kursus yang disediakan. Sistem ini juga dapat menyimpan maklumat peribadi dengan lebih teratur dan kemas. Sebagai contoh, butiran peribadi yang disimpan dalam sistem ini mengikut abjad yang ditetapkan supaya senang untuk pengguna mencari butiran peribadi yang dikehendaki. Selain itu, sistem yang akan dibangunkan ini juga dapat menjimatkan kos dari segi kertas dan juga alatan-alatan yang perlu digunakan dalam mengisi dokumen. Sebagai contoh kertas, pensel, pemadam dan sebagainya. Tambahan pula, sistem ini boleh menjadi satu sumber yang mudah dicapai penggiat aktif kayak bagi mendapatkan info berkenaan sukan kayak seperti keselamatan berkayak, teknik berkayak secara professional mengharungi arus deras dan sebagainya serta mempelajari teknik – teknik tersebut melalui sub modul tutorial yang disediakan di dalam sistem ini.

1.6 Kepentingan projek Sistem pengurusan maklumat ahli MBOCE dapat memberi pendedahan baru dan peluang kepada pihak MBOCE dan peserta kayak di Malaysia mengenai sistem yang bakal dibangunkan untuk kepentingan bersama. Sistem ini juga dapat memudahkan pengguna dalam mencapai dan mencari maklumat yang diperlukan MBOCE dan aktiviti sukan kayak dengan mudah tanpa sebarang masalah kerana mereka boleh terus mencapai maklumat tersebut apabila sudah mendaftar keahlian di dalam sistem ini. Selain itu, sistem ini juga dapat mempercepatkan proses menyimpan data sebagai contoh pihak MBOCE boleh terus menyimpan data atau maklumat peribadi ahli berdaftar tanpa ada sebarang masalah.

Melalui sistem ini juga tiada masalah hilang atau tercicir butiran peribadi yang merangkumi aspek penganugerahan,kursus serta6 kelayakan sebagai seorang jurulatih kayak yang akan berlaku jika sistem ini tidak dibangunkan. Melalui sistem ini juga, pengguna dapat menaik taraf proses penyimpanan data dari secara manual ke berasaskan komputer dan menggunakan bank soalan yang disediakan di dalam modul penganugerahan sebagai persediaan untuk menghadapi ujian sebenar yang akan ditetapkan selaras dengan kursus dan penganugerahan yang dijalankan. 1.

7 Kesimpulan Kesimpulannya, sistem pengurusan maklumat ahli MBOCE ini amat penting bagi organisasi lembaga ini. Dengan pembangunan sistem ini MBOCE lebih cekap dan mampu berdaya saing dengan organisasi kayak di dalam mahupun luar Negara sebagai contoh British Canoe Association dan American Canoe Association. Dengan menggunakan sistem ini juga dapat memudahkan proses penyimpanan dan capaian data yang berkaitan dengan penggiat aktif kayak mahupun jurulatih bertauliah di Malaysia serta menjimatkan masa.2 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kajian literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku, prosiding dan penyelidikan-penyelidikan lepas untuk sesuatu penyelidikan terbaru.

Kajian literatur adalah pengumpulan maklumat penyelidikan tentang permasalahan yang sedang dikaji. Selain itu, kajian literatur adalah satu proses sistematik yang memerlukan pembacaan dan pemerhatian kepada butiran yang terperinci. Ia membabitkan kesimpulan bertulis tentang artikel dalam jurnal, buku dan dokumen lain yang menjelaskan maklumat terdahulu dan semasa.

Justeru, tinjauan literatur merupakan satu proses sistematik yang memerlukan penelitian dan kemahiran mencari, mengumpul, membaca serta merumus maklumat dengan terperinci (Ahmad ; Alyaa, 2014). Selain itu, kajian literatur merupakan salah satu cara untuk membuat perbandingan antara sistem sedia ada dengan sistem yang akan dibangunkan. Sistem yang akan dibangunkan perlu dikaji dan dibandingkan dengan sistem sedia ada melalui kajian yang dilaksanakan. Segala perbandingan sistem yang ada dan yang akan dibangunkan diterangkan di dalam bab ini. Kajian-kajian penyelidikan ini akan membantu dalam membangunkan sistem secara sistematik supaya sistem yang dihasilkan berkualiti dan memberi manfaat serta kemudahan kepada penggunanya.8 2.2 Sistem Menurut Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (2007), sistem mempunyai maksud cara atau kaedah melakukan sesuatu dengan cara yang teratur untuk melakukan sesuatu.

Sistem boleh terdiri daripada perkakasan, perisian, dan manusia atau salah satu daripadanya yang digunakan untuk mengawas, menyelia, mengawal, atau mengesahkan pengendalian serta pelaksanaan sesuatu sistem mahupun proses. Ciri sistem ini adalah antaramuka yang mesra pengguna, menyokong pelbagai gaya dan proses keputusan dalam penganugerahan kursus kejurulatihan berkanu, untuk pelbagai peringkat pengurusan sama ada individu atau organisasi itu sendiri iaitu MBOCE Malaysia, berasaskan model untuk analisis, capaian data yang mudah dan pelbagai, menyokong penyelesaian masalah tidak berstruktur atau separa berstruktur, meningkatkan keberkesanan dan menyokong fasa proses pembuatan keputusan. Sistem terdiri daripada koleksi komponen-komponen berkaitan yang bekerjasama untuk mencapai suatu objektif. 2.3 Bank soalan Bank soalan adalah satu kaedah penyimpanan set-set soalan yang digubal oleh penggubal soalan yang diiktiraf Kementerian Pelajaran Malaysia dimana soalan-soalan itu akan digunakan untuk pelbagai jenis ujian dan peperiksaan mengikut jenis subjek tertentu dan tahap pelajaran individu sebagai contoh peringkat sekolah rendah, menengah, matrikulasi dan universiti.

Peperiksaan atau ujian bertujuan untuk mengukur pencapaian seseorang di dalam sesuatu bidang pengetahuan, pengalaman atau kebolehan. Di dalam sesuatu peperiksaan adalah mustahil diadakan jumlah soalan yang boleh meliputi semua bidang sukatan peperiksaan kerana masa peperiksaan adalah terhad. Oleh itu, soalan yang digubal dan disimpan di dalam bank soalan hendaklah memberi gambaran yang meluas supaya ia dapat meliputi sukatan pada keseluruhannya.

Disebabkan itu, adalah penting untuk seseorang penggubal itu untuk memahami bahawa peperiksaan itu adalah satu disiplin yang mempunyai teorinya yang tersendiri dan tidak boleh dilaksanakan sebagai satu proses menyediakan soalan9 dan memberi markah sahaja. Maka dengan itu dengan adanya Bank Soalan, ia dapat menyimpan set-set soalan yang telah digubal dan boleh digunakan pada masa akan datang di samping menjadi rujukan untuk para penggubal soalan menggubal soalan yang lebih baik dan berkesan. 2.4 Sistem atas talian Aplikasi berasaskan laman sesawang merupakan salah satu contoh sistem dalam talian. Sistem dalam talian boleh diakses dengan menggunakan jaringan melalui rangkaian seperti internet atau intranet. Pada masa yang sama, pengguna akan diberikan maklum balas melalui aplikasi ini. Dengan menggunakan sistem dalam talian, ia akan memudahkan pengguna untuk mencapai di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa selagi terdapat talian internet. Internet adalah sebuah rangkaian yang memberikan perkhidmatan komunikasi elektronik, penyimpanan fail, penyebaran maklumat, pencarian maklumat dan mengemaskini maklumat.

Melalui aplikasi-aplikasi ini terbinanya berbagai jenis perkhidmatan internet seperti perdagangan elektronik, perbankan elektronik dan pengiklanan melalui internet. 2.5 Sistem manual pengurusan MBOCE Sistem pengurusan MBOCE pada mulanya adalah secara manual. Penggiat aktif kayak akan mendaftar apabila tiba di tapak kursus atau anugerah. Segala maklumat peserta disimpan dalam bentuk kertas dan seterusnya disimpan dalam fail yang diklasifikasikan mengikut siri kursus atau penganugerahan yang dijalankan pihak MBOCE. Nota Silibus dan Ujian Teori disediakan dalam bentuk set nota atau soalan . Tambahan pula, kemaskini maklumat peserta yang telah menyertai pelbagai kursus dan menerima beberapa anugerah kejurulatihan berkanu disimpan di dalam satu buku log dan peserta perlu membawa bersama bukti penyertaan atau penganugerahan iaitu sijil penganugerahan ketika sesi pendaftaran peserta. Penilaian ujian juga dijalankan secara manual dimana ujian teori akan dilakukan di dalam bilik tertutup dan diawasi oleh panel pemeriksa MBOCE.

Penggunaan sistem pengurusan10 secara manual ini amat menyukarkan kedua belah pihak dan penambahbaikan harus dilaksanakan. 2.6 Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE adalah satu sistem automasi yang akan dibangunkan bagi memperbaiki sistem pengurusan dan penganugerahan kejurulatihan berkanu yang dilaksanakan secara manual pada asalnya. Penghasilan sistem ini akan melicinkan dan memudahkan pengurusan pihak MBOCE dan penggiat aktif kayak seluruh Malaysia untuk menjalankan hubungan dua hala kedua belah pihak khususnya. Sistem ini membolehkan peserta mendaftar sebagai ahli sah MBOCE dan menyertai kursus-kursus yang disediakan oleh MBOCE dan seterusnya melayakkan diri untuk mengambil ujian atau penilaian kejurulatihan yang ditawarkan pihak MBOCE Malaysia yang bernaung di bawah Malaysia Canoe Association (Masca) atau Persatuan Kanu Malaysia (PKM).

Antara kursus atau anugerah kejurulatihan yang disediakan adalah Anugerah Bintang Satu, Anugerah Bintang Dua, Anugerah Asas Kejurulatihan, Anugerah Keselamatan Berkanu, Anugerah Kejurulatihan dan Panel Pemeriksa. Sistem ini bakal dilengkapi dengan pelbagai modul dan fungsi yang memudahkan hubungan dua hala penggiat aktif kayak dan pihak MBOCE. Antaranya , penggiat aktif kayak dan pihak MBOCE dapat melihat profil masing-masing dengan menggunakan kata nama dan kata laluan yang akan didaftarkan terlebih dahulu bagi menggunakan sistem ini. Selain itu, Pihak MBOCE juga dapat menggubal soalan teori yang akan di keluarkan di modul yang akan disediakan bagi penganugerahan kejurulatihan yang disediakan dan akan dijawab oleh peserta anugerah kejurulatihan dan keputusan akan dikeluarkan bagi mengetahui status kelayakan peserta untuk lulus ujian teori dan seterusnya menjalani ujian praktikal yang akan menentukan kelayakan menerima anugerah kejurulatihan tertentu. Tambahan pula, sistem ini turut dilengkapi kemudahan pelayan video tutorial teknik berkanu yang akan digunakan semasa ujian praktikal serta direktori pengurusan11 MBOCE. Sistem ini juga akan menyediakan kemudahan muat turun nota silibus pembelajaran berkanu dan informasi tentang MBOCE.

2.7 Kajian terhadap sistem setara Kajian terhadap sistem setara atau sistem yang telah sedia ada amat penting untuk membangunkan sebuah sistem. Ia adalah bertujuan sebagai rujukan dan panduan untuk membangunkan sistem ini.

Selain itu, kajian sistem setara juga dapat membekalkan pembangun sistem dengan maklumat-maklumat berkaitan modul-modul yang tersedia untuk pengguna berinteraksi dan meneroka sistem yang akan dibangunkan dan fungsi-fungsi tersendiri modul yang disediakan di dalam sistem setara yang akan dikaji. Kajian terhadap sistem setara ini amat berguna semasa membangunkan sistem agar tidak berlaku kesilapan dan penambahbaikan dapat dilakukan bagi menghasilkan sistem yang lebih baik dan efektif bagi pengguna. 2.7.1 Sistem maklumat akademik pelajar ( SMAP ) Sistem Maklumat Akademik Pelajar (SMAP) adalah satu sistem yang digunakan oleh pihak pengurusan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan pelajar yang mula digunakan pada awal semester 2 sesi 2002/2003 dan versi baharu mula diperkenalkan pada semester 1 sesi 2004/2005 yang digunakan sehingga kini. Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan pihak pengurusan UTHM menguruskan pentadbiran universiti dan salah satu medium untuk pelajar dan kakitangan universiti mendapatkan maklumat mengenai UTHM dan proses-proses pengurusan seperti kewangan pelajar yang diuruskan oleh Pejabat Bendahari dapat dilihat oleh Pelajar dan urusan pendaftaran matapelajaran yang akan disemak oleh kakitangan UTHM khususnya penasihat akademik dan pelajar itu sendiri. Terdapat sekatan untuk melihat atau meneroka sistem ini iaitu pengguna harus mempunyai nama pengguna dan kata laluan yang direka khas bagi setiap pelajar ataupun kakitangan universiti. Terdapat beberapa modul yang disediakan untuk pengguna berinteraksi ketika menggunakan sistem ini iaitu modul Bulletin, Webmail, Biodata, Pendaftaran, Peperiksaan, Pengijazahan dan Akaun Pelajar.

12 Tambahan pula, sistem ini mensasarkan pengguna terdiri dari kalangan pelajar dan kakitangan universiti seperti pensyarah, dekan dan pegawai am universiti. Penggunaan sistem ini adalah satu kelebihan dimana pelajar dan kakitangan universiti seperti pensyarah , dekan dan pegawai am universiti boleh mendapatkan maklumat secukupnya. Terdapat modul bulletin dimana ia menyediakan maklumat terkini tentang aktiviti di UTHM seperti pemberitahuan jadual peperiksaan mahupun tarikh kemasukan pelajar sesi baharu serta maklumat am mengenai UTHM. Selain itu, sistem ini juga menyediakan modul Biodata iaitu paparan mengenai pengguna yang sudah berdaftar seperti maklumat diri , ibu bapa serta maklumat penaja pelajar. Terdapat juga modul yang memaparkan pautan ke Portal Rasmi UTHM yang boleh didapati di dalam modul Webmail dan pengguna boleh mendaftar matapelajaran yang diinginkan dengan merujuk proforma yang disediakan oleh penasihat akademik masing-masing dan membuat pendaftaran pada modul Pendaftaran di samping boleh membuat permohonan perpindahan kredit bagi pelajar lepasan diploma UTHM mahupun IPTA setara seluruh Malaysia dan hasil pendaftaran boleh dicetak untuk kegunaan pengguna. Kemudian, modul Peperiksaan dan Pengijazahan yang disediakan untuk pelajar mahupun kakitangan UTHM memeriksa keputusan peperiksaan dan jumlah mata pelajaran yang telah atau akan diambil bagi melayakkan diri untuk menerima ijazah mahupun diploma.

Bagi modul akaun pelajar, pennguna dapat melihat paparan akaun kewangan pelajar yang dikemaskini oleh Pejabat Bendahari UTHM. Kelebihan menggunakan sistem ini,sistem ini ringkas dan mudah difahami serta mesra pengguna. Di samping itu, pengguna dapat mendaftar, memuat turun jadual dan mendapatkan maklumat dengan mudah secara di atas talian dan sistem ini selamat digunakan kerana maklumat yang disimpan memerlukan nama pengguna dan kata laluan bagi akses ke dalam sistem ini. Namun, sistem ini mempunyai kelemahan apabila bilangan pengguna ramai mencapai sistem ini ia akan tidak berfungsi untuk beberapa hari dan menyukarkan pengguna menggunakannya. Selain itu, bahagian akaun pelajar kadangkala lambat dikemaskini. Antaramuka sistem ini merujuk rajah 2.1.

13 Rajah 2.1 Antaramuka SMAP UTHM ( https://smap.uthm.edu.my/smap, 2010) 2.7.2 Web portal SMK Arau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arau merupakan sebuah institusi pendidikan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan beroperasi di Jalan Besar Arau, Perlis dan laman sesawang ini di perkenalkan pada akhir tahun 2012. Tiada sekatan untuk capaian ke dalam sistem ini kerana ia mensasarkan pengguna terdiri di kalangan pelajar sekolah dan ibubapa yang tiada asas kemahiran komputer dan memudahkan pencarian maklumat.

Pada asasnya laman sesawang ini memaparkan maklumat secara menyeluruh berkenaan SMK Arau dari aspek pentadbiran dan pengurusan. Terdapat beberapa modul yang disediakan di dalam sistem pengurusan berasaskan web ini antaranya adalah modul Utama, Maklumat Am, Pentadbiran, Kurikulum, Hem, Kokurikulum, Bank Soalan dan Galeri Foto. Bagi Modul Utama, sistem ini menyediakan dan memaparkan maklumat aktiviti yang sudah mahupun akan berlangsung di sekolah itu serta pemberitahuan mengenai perubahan dari pihak pengurusan sekolah. Manakala bagi modul Maklumat Am, Pentadbiran, Kurikulum, Hem dan Kokurikulum mempunyai persamaan fungsi dimana ia memaparkan senarai atau carta organisasi bagi keempat-empat bahagian penting dalam pengurusan sekolah berkenaan serta takwim bagi sekolah SMK Arau.14 Kelebihan sistem berasaskan web SMK Arau ini adalah ia menyediakan Modul Bank Soalan dimana ia menyimpan set-set koleksi soalan bagi matapelajaran tertentu yang ditawarkan di sekolah itu dan menggalakkan pengguna iaitu para pelajar mahupun guru di sekolah ini memuat turun set soalan berkenaan untuk digunakan bagi persediaan menghadapi peperiksaan. Antara set soalan yang disediakan adalah soalan subjek Information and Communication Technology Literacy (ICTL) Tingkatan 1 dan 2 iaitu asas kepada pengetahuan komputer, soalan subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) untuk Tingkatan 1 dan 2 dan soalan subjek Information and Communication Technology (ICT) untuk tingkatan 4. Selain itu, sistem ini juga mempunyai modul Galeri Foto dimana ia memaparkan foto-foto aktiviti yang dijalankan di SMK Arau serta foto persekitaran sekolah bagi menarik minat pengguna lain selain pelajar dan ibubapa untuk mendaftarkan diri ke sekolah ini.

Keburukan sistem ini adalah, ia mempunyai modul yang berbeza tapi fungsi yang hampir sama dan konsep bank soalan yang tidak menjana soalan tapi menyimpan set-set soalan yang berkemungkinan tidak relevan digunapakai kembali. Selain itu, set soalan yang disimpan hanya untuk beberapa subjek iaitu ICTL, PSV dan ICT yang tidak merangkumi semua subjek yang harus dihadapi oleh pelajar untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mahupun Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Antaramuka sistem ini merujuk rajah 2.

2. Rajah 2.2 Antaramuka Web Portal SMK Arau ( http://smkarau.edu.

my/, 2015)15 2.7.3 Sistem janaan soal selidik Survey Monkey Sistem janaan soal selidik Survey Monkey ini adalah sistem yang membolehkan pengguna mengakses dengan mendaftar terlebih dahulu sama ada dengan membuat akaun baru ataupun hanya dengan menggunakan akaun media social sedia ada seperti facebook dan google. Pada asasnya sistem ini adalah satu landasan bagi pengguna mencipta soalan soal selidik dan menyebarkan ia di laman web bagi mendapatkan maklum balas meluas. Terdapat beberapa modul yang terkandung di dalam sistem ini antaranya adalah my survey, example, survey service dan plan ; pricing. Bagi modul my survey ia membolehkan pengguna yang telah berdaftar untuk mereka soalan soal selidik bergantung kepada kehendak pengguna. Jika pengguna tidak tahu cara yang terbaik untuk membuat soalan soal selidik sistem ini ada menyediakan template bagi berbagai jenis soalan soal selidik seperti untuk bisnes dan kesihatan. Selain itu, terdapat juga tips dan teknik bagi menghasilkan soalan soal selidik yang baik di dalam modul surver service iaitu penerangan lengkap menghasilkan soalan soal selidik yang akan dijana mengikut kemahuan pengguna serta mengetahui maklum balas soalan yang telah dijana dan dihebahkan di dalam laman maya.

Dalam modul plan ; pricing pula ia menyediakan khidmat bayaran bagi menggunakan sistem ini dengan lebih menyeluruh mengikut kadar bulan dan tahunan serta mengikut keahlian asas hingga ke platinum. Kelebihan yang terdapat di dalam sistem ini adalah ia dapat menjana soalan mengikut kehendak pengguna berasaskan template yang disediakan dan pengguna dapat menerima maklum balas serta merekodkan maklum balas tersebut dengan mudah. Selain itu, sistem ini memudahkan lagi pembuatan soalan soal selidik dengan menyediakan pelbagai tips berkesan untuk pengguna serta tidak membebankan pengguna untuk membayar jumlah kos yang tinggi jika pengguna memilih untuk menjadi ahli asas sistem ini. Walaubagaimanapun, keburukan sistem ini adalah bilangan soalan yang boleh dijana bagi pengguna asas sedikit dan jika ingin menjana lebih soalan pengguna harus membayar bagi menjana lebih banyak soalan. Bilangan maklum balas juga terhad bagi pengguna yang mendaftar untuk asas sahaja bagi akses ke sistem ini. Antaramuka sistem ini merujuk rajah 2.

3.16 Rajah 2.3 Antaramuka sistem janaan soal selidik Survey Monkey (https://www.surveymonkey.com/, 2016) 2.

8 Perbandingan sistem setara dengan sistem cadangan Jadual 2.1 Perbandingan sistem setara dengan sistem cadangan Modul Sistem Maklumat Akademik Pelajar (SMAP) Web Portal SMK Arau Sistem Janaan Soal Selidik Survey Monkey Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE Log Masuk Ada Tiada Ada Ada Log Keluar Ada Tiada Ada Ada Laman Utama Ada Ada Ada Ada Pendaftaran Atas Talian Ada Tiada Ada Ada Kelayakan Penganugerahan Tiada Tiada Tiada Ada Profil Pengguna Ada Tiada Ada Ada Bank Soalan Tiada Tiada Ada Ada17 Kaedah Janaan Tiada Tiada Muat Naik Murid dan Guru Terhad Pengguna Sistem Soalan Rawak Peserta Kayak Pengguna Bank Soalan Tutorial Visual Tiada Tiada Tiada Ada Muat Turun Modul Pembelajaran Ada Ada Tiada Ada Pengesahan Pendaftaran Tiada Tiada Tiada Ada Pengurusan Ujian Tiada Tiada Tiada Ada Pemarkahan Ujian Tiada Tiada Ada Ada Janaan Laporan Ujian Tiada Tiada Tiada Ada Jadual 2.1 Menunjukkan perbandingan antara tiga sistem sedia ada dengan sistem yang akan dibangunkan.

Sistem Maklumat Akademik Pelajar ( SMAP ) mempunyai modul log masuk, log keluar, pendaftaran atas talian, profil pengguna dan modul muat turun nota atau modul pembelajaran. Sistem Web Portal SMK Arau dan Sistem Janaan Soal Selidik Survey Monkey pula mempunyai banyak perbezaan dimana Sistem Web Portal SMK Arau hanya mempunyai modul Laman utama dan muat turun modul atau soalan kerana modul yang lain hanya memaparkan maklumat pentadbiran dan organisasi sekolah manakala Sistem Janaan Soal Selidik Survey Monkey mempunyai sedikit modul antaranya my survey, example, survey service dan plan ; pricing. Sistem yang akan dibangunkan iaitu Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE, dibangunkan merangkumi satu sistem yang dapat memudahkan pihak MBOCE dan penggiat aktif kayak untuk menjalankan perhubungan dua hala dimana ia mempunyai modul Log Masuk dan Log Keluar bagi menjawab soalan ujian teori selain Pendaftaran atas talian serta kemudahan memuat turun modul pembelajaran. Pihak MBOCE juga dapat memutuskan sama ada seseorang itu layak untuk menghadiri kursus yang diadakan dengan hanya melihat paparan profil di laman web sistem ini yang menyatakan kelulusan peserta atau penggiat aktif kayak yang telah menjalani ujian yang dijalankan secara atas talian di dalam modul Penganugerahan. Pihak MBOCE juga dapat menyimpan data peserta baharu yang menghadiri kursus18 yang dianjurkan untuk diguna pakai pada masa hadapan. Sistem ini juga memudahkan peserta kayak mendaftar untuk pelbagai kursus yang dianjurkan MBOCE serta memuat turun nota silibus yang disediakan oleh pihak MBOCE yang akan digunakan untuk Ujian di dalam setiap Kursus yang dianjurkan bagi melayakkan diri menghadiri kursus yang seterusnya. 2.9 Kesimpulan Kajian literatur merupakan aspek penting bagi membangunkan sistem yang berkualiti.

Bab ini dapat membantu dalam membuat sistem yang bakal dibangunkan. Perbandingan turut dibuat untuk mengenalpasti kelemahan dan kelebihan sistem agar penambahbaikan dapat dilaksanakan supaya sistem yang akan dibangunkan mencapai objektif dan menepati kehendak pengguna.19 3 BAB 3 KAJIAN METODOLOGI 3.1 Pengenalan Metodologi merujuk kepada suatu aktiviti yang tersusun dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan membangunkan satu aplikasi pengaturcaraan. Metodologi juga digunakan sebagai garis panduan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, metodologi merupakan satu set fasa yang memimpin pembangun dalam pemilihan teknik dan pendekatan yang betul pada setiap tahap pembangunan sistem. Teknik – teknik ini membantu untuk merancang, mengurus dan mengawal proses pembangunan sistem. Pemilihan metodologi yang betul sangat penting untuk mengenalpasti dan menganalisa keperluan pengguna dalam membangunkan sesebuah sistem, justeru sistem yang berkesan dan lancar dapat dihasilkan.

Selain itu, metodologi merupakan suatu rujukan atau panduan dalam mencapai objektif pembangunan sesebuah sistem. Bahagian metodologi ini akan menerangkan secara terperinci mengenai langkah-langkah yang di ambil kira dan aktiviti yang terlibat sepanjang pembangunan sistem. Metodologi yang digunakan untuk sistem ini ialah dengan menggunakan model pembangunan air terjun. 3.

2 Model air terjun Model air terjun ini mengandungi lima fasa iaitu fasa perancangan, fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa pelaksanaan dan fasa pengujian. Pada setiap fasa terdapat aktiviti – aktiviti tertentu yang dijalankan mengikut perancangan, di mana aktiviti-aktiviti tersebut bergantung kepada kesesuaian masa dan peringkat pembangunannya.20 Kelebihan menggunakan model air terjun ialah ia dapat memastikan perjalanan pembangunan sistem berjalan secara sistematik dan teratur. Selain itu, ia dapat memastikan keperluan sistem ditakrif secara tepat dan lengkap semasa analisis keperluan sistem ini. Model ini juga merupakan satu siri aktiviti berjujukan dan sistematik di samping memudahkan aktiviti dua hala antara pihak MBOCE dan penggiat aktif kayak serta memudahkan pengurusan sistem kerana masa untuk mula dan tamat sesuatu fasa akan ditentukan dengan jelas yang amat sesuai bagi projek jangka masa pendek ini. Menurut Dennis et .al (2006) model air terjun merupakan model tertua.

Nama air terjun yang diperoleh mewakili proses yang berlaku secara berturutan satu demi satu dengan hasil dari satu proses ke dalam proses seterusnya yang bertepatan dengan langkah pembangunan Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE. Beberapa perubahan dilakukan bagi memastikan fasa-fasa membangunkan sistem ini relevan dengan pembangunan sistem. Rajah 3.

1 menunjukkan fasa-fasa yang diaplikasikan pada pembangunan Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE.21 Rajah 3.1 Model air terjun (Sumber : Dennis et.al 2006) 3.2.1 Fasa perancangan Fasa perancangan merupakan fasa terpenting dalam pembangunan sesebuah sistem di mana dalam fasa ini, aktiviti yang dijalankan adalah menganalisa situasi organisasi bagi mengenalpasti masalah, matlamat, objektif dan skop. Kajian telah dilakukan secara terperinci sebelum Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE ini dibangunkan.

Setiap maklumat telah dikumpulkan seperti maklumat kursus atau Penganugerahan yang dijalankan, maklumat jurulatih dan ahli MBOCE aktif sebagai rujukan sistem yang akan dibangunkan. Kajian literature ini telah dijalankan terhadap beberapa sistem yang berkaitan dengan sistem pengurusan berasaskan keperluan yang perlu ada pada sistem yang akan dibangunkan. Dalam fasa ini, pemilihan penyelia dilakukan terlebih dahulu. Setelah tajuk projek dipilih dan dipersetujui oleh panel pemeriksa serta objektif pembangunan sistem dikenalpasti. Objektif pembangunan sistem ini diperolehi daripada penyataan masalah yang telah dinyatakan oleh En.

Mazuki bin Mohd Yasim bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai sistem yang akan dibangunkan. Masalah yang dihadapi merujuk kepada Pejabat MBOCE Malaysia untuk pemerhatian berkaitan proses semasa atau proses sedia ada iaitu secara manual untuk penambahbaikan.22 Skop projek juga dikenal pasti untuk menentukan had bagi pembangunan sistem ini kerana ia adalah projek jangka masa pendek.

Proses temuramah juga telah dijalankan di dalam fasa ini untuk memperoleh maklumat yang terperinci mengenai Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE bertempat di ibu pejabat MBOCE di Tanjung Bidara Beach Resort bersama Pengerusi MBOCE. Keseluruhan perjalanan sistem ini didokumentasikan dalam bentuk carta gantt seperti di LAMPIRAN A bagi memastikan perjalanan projek menjadi lebih teratur dan mengikut tempoh yang telah ditetapkan serta LAMPIRAN B untuk soalan temuramah bagi mendapatkan maklumat tambahan untuk membangunkan sistem ini. 3.2.2 Fasa analisis Fasa ini telah dilaksanakan dengan menganalisa keperluan pengguna iaitu peserta ataupun penggiat aktif kayak dan pihak MBOCE.

Selain itu, analisa terhadap kaedah yang sedang digunapakai juga penting bagi memastikan sistem yang dibangunkan berjalan dengan lancar. Setelah memahami dan mengenalpasti segala aspek dalam fasa perancangan, maka seterusnya fasa ini menumpukan aktiviti pengumpulan dan analisa maklumat di samping membantu mengenalpasti keperluan berkaitan dengan sistem yang akan dibangunkan. Fasa ini turut melibatkan proses menganalisa dokumen-dokumen tertentu dalam organisasi seperti soalan teori, nota silibus berkanu, borang penilaian ujian praktikal dan borang penyertaan kursus atau anugerah kejurulatihan.

Dalam proses membangunkan sistem ini, borang permohonan untuk menyertai kursus yang disediakan oleh MBOCE dan jenis penganugerahan telah dianalisa untuk menentukan modul – modul yang perlu ada dalam sistem. Temuramah dijalankan bersama Pengerusi atau Presiden Malaysian Board of Canoe Education iaitu En. Mazuki bin Mohd Yasim pada awal Oktober di Tanjung Bidara Beach Resort untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci. Selain itu, pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan gambaran mengenai sistem yang dibangunkan. Pemerhatian merupakan kaedah di mana proses ini akan menerapkan aktiviti yang berlaku dalam persekitaran sistem sedia ada iaitu secara manual dan seterusnya, dapat membantu pemaju sistem memahami operasi-operasi sistem dengan lebih jelas bagi membangunkan sistem ini dengan lebih sempurna . Di23 dalam fasa ini juga penghasilan carta alir, rajah aliran data dan rajah hubungan entiti hasil dari analisa dan pemerhatian yang telah dilakukan. Rajah Hubungan Entiti(ERD) dan Rajah Aliran Data(DFD) merupakan kaedah yang digunakan untuk merekabentuk sistem. Rajah-rajah ini merupakan proses untuk menentukan bagaimana sistem yang akan dibangunkan menyelesaikan masalah dalam melaksanakan capaian maklumat yang dikehendaki dengan lebih efisien.

Antara rajah-rajah yang terlibat adalah Gambarajah Konteks, Rajah Aliran Data Aras 0, Rajah Aliran Data Aras 1, Rajah Hubungan Entiti dan Carta Alir telah dibangunkan pada Bab 4. 3.2.3 Fasa rekabentuk Di dalam fasa ini, pangkalan data, rangkaian dan paparan antaramuka telah dihasilkan dan didokumenkan. Setiap lakaran yang dihasilkan akan dibincang dengan penyelia dan pengguna sasaran iaitu penggiat kayak serta pihak MBOCE bagi tujuan pengesahan. Penambahbaikan akan dilakukan jika terdapat sebarang kesilapan atau kekurangan.

Perbincangan terperinci mengenai rekabentuk antaramuka dan pangkalan data juga dititikberatkan. Setiap proses yang terlibat telah dikenalpasti secara terperinci dan kemudiannya telah diterjemahkan kepada antaramuka sistem untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Dengan ini, pemaju dapat memahami dan mengkaji aliran sistem yang akan dibina sekaligus membantu untuk mengaplikasikan maklumat yang ada bagi fasa seterusnya. Sistem ini menggunakan perisian menyunting Dreamweaver untuk dijadikan tempat bagi menulis bahasa aturcara PHP seiring dengan merekabentuk antaramuka yang telah direka di dalam perisian ini. Rekabentuk pangkalan data sistem bagi menyimpan maklumat berkenaan sistem ini dan hasil carian telah dibentuk. Perisian PHP dan MySQL yang terdapat di dalam perisian Xampp dipilih kerana MySQL merupakan satu sistem pengurusan pangkalan data yang stabil dan mempunyai keserasian Bahasa skrip PHP.24 3.

2.4 Fasa implementasi Bagi fasa implementasi, Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE dimulakan dengan pembangunan model air terjun bagi prosedur utama dalam sistem yang akan dibangunkan kerana ia mudah difahami dan sangat sesuai untuk projek jangka masa pendek. Ia bertujuan bagi memastikan fungsi-fungsi sistem yang dicadang boleh diguna dan dilaksanakan. Fasa ini menekanan tentang kod aturcara sistem yang digunakan. Bahasa pengaturcaraan yang diterapkan dalam sistem ini adalah bahasa pengaturcaraan Hypertext Preprocessor (PHP) dan fungsi bahasa pengaturcaraan ini adalah untuk menghubungkan antaramuka sistem yang sesuai digunakan dengan sistem atas talian. Selain itu, PHP adalah mudah untuk dipelajari berbanding dengan bahasa pengaturcaraan lain seperti Java dan C dan ia akan mempercepatkan proses pembangunan sistem. PHP juga digunakan untuk membuat paparan yang sesuai pada antaramuka sistem.

Perisian Dreamweaver pula digunakan untuk melengkapkan Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE dan memastikan ia boleh berfungsi sepenuhnya dengan pengkodan yang betul . Setelah prosedur utama berfungsi dengan baik, penambahbaikan akan dilaksanakan terhadap fungsi kecil dan paparan antaramuka sistem. 3.2.5 Fasa pengujian Fasa pengujian merupakan fasa yang terpenting kerana ia menjadi kayu pengukur kepada kejayaan sesuatu projek sebelum pemasangan sistem dilakukan. Dalam fasa ini, semua paparan dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam sistem diuji oleh beberapa pihak termasuklah pengguna dan pembangun sistem itu sendiri bagi menghasilkan satu sistem yang sistematik dan lengkap. Terdapat pelbagai cara menguji sistem seperti White Box Testing, Black Box Testing, Unit Testing dan End to End Testing.

Diantara contoh yang telah dinyatakan dan telah memilih untuk menggunakan kaedah pengujian End to End Testing dimana ia berkait dengan White Box dan Black Box Testing. Kaedah ini menggunakan pendekatan dari sudut pandangan fungsi sistem dan seni bina sistem ini.25 Kaedah yang dipilih ini turut melibatkan pengujian persekitaran aplikasi ini yang menyerupai situasi atau keadaan sebenar penggunaan sistem ini seperti berinteraksi dengan pangkalan data, menggunakan rangkaian sistem, atau berinteraksi dengan perkakasan dan sistem lain jika perlu .Kaedah ini digunakan bagi menguji sistem ini dari segi fungsi-fungsi yang terdapat pada sistem, antaramuka sistem dan pengujian sistem dengan pengguna. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklum balas, pandangan serta cadangan tentang sistem yang dibangunkan. Dalam fasa ini juga, pemaju sistem dapat melihat sama ada sistem yang dibangunkan ini menepati objektif serta skop kajian yang telah dinyatakan di fasa pertama.

Bahkan maklum balas daripada pengguna juga boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk mengatasi kelemahan sistem. 3.3 Keperluan perkakasan dan perisian Bagi memastikan kelancaran pembangunan sesebuah sistem. Kajian terhadap keperluan perkakasan dan perisian perlu dijalankan. Kajian dilakukan bagi memudahkan pembangun membangunkan sistem yang dicadangkan. Perkakasan dan perisian sangat penting dalam pembangunan sesebuah sistem. Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE memerlukan spesifikasi perkakasan dan perisian semasa proses pembangunan sistem. 3.

3.1 Keperluan perkakasan Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE Perkakasan yang digunakan untuk melaksanakan sistem bergantung kepada pakej perisian yang dipasang. Ia perlu memenuhi keperluan perisian supaya pembangunan sistem dapat dijalankan dengan baik. Oleh itu, perkakasan yang dipilih seharusnya memenuhi piawai minimum perisian.

Jadual 3.1 merujuk kepada keperluan perisian yang diperlukan di dalam pembangunan Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE :26 Jadual 3. 1 Keperluan perkakasan Model komputer peribadi Asus Notebook A550C-XX530H Pemproses Intel Core i7 Ingatan capaian rawak (RAM) 750GB Cakera keras Kapasiti sekurang-kurangnya 4GB ruang kosong Peranti input Papan Kekunci, Tetikus, Pencetak (Canon PIXMA MP237 A10) Peranti output Monitor (Resolusi 1366 X 768) 3.3.2 Keperluan perisian Perisian yang bersesuaian adalah penting bagi membangunkan sesebuah sistem.

Ini kerana perisian yang dipilih perlu dihubungkan di antara satu sama lain, berkemampuan untuk menyelenggara sejumlah data yang besar, mempunyai kebolehan berinteraksi dengan baik serta mudah digunakan dan difahami. Bagi pembanggunan sistem ini, beberapa faktor telah diambil kira dalam pemilihan perisian bagi memastikan pembangunan sistem ini dapat berjalan dengan lancar. Jadual 3.

2 merujuk kepada keperluan perisian yang diperlukan di dalam pembangunan Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE: Jadual 3. 2 Keperluan perisian Sistem Pengoperasian Window 10 Perisian Dreamweaver Perisian tambahan Adobe Photoshop CS6, Microsoft Project 2003 Pangkalan data Mysql Bahasa pengaturcaraan PHP27 3.4 Kesimpulan Bab ini telah menerangkan mengenai metodologi yang digunakan dan segala proses serta aktiviti yang terlibat di dalam setiap fasa model air terjun untuk pembangunan Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE. Metodologi ini digunakan bagi melaksanakan semua fasa-fasa utama yang terlibat dalam proses pembangunan sistem.

Sepanjang pembangunan sistem ini, semua perkakasan dan perisian diandaikan mencukupi dan memenuhi keperluan minimum sistem yang dibangunkan. Selain itu, pengguna sistem juga memainkan peranan yang besar dalam menjayakan sistem ini. Melalui maklumbalas yang diberikan oleh pengguna, proses penambahbaikan dan memperbaiki masalah yang timbul dapat dilakukan bagi menghasilkan sistem yang menepati matlamat asal dan keperluan sistem yang sebenar. Bab seterusnya akan membincangkan proses analisis dan rekabentuk sistem.

Modul-modul sistem akan dijadikan panduan untuk merekabentuk carta alir, rajah aliran data, rajah perhubungan entiti dan pangkalan data untuk mendapatkan keperluan sistem pada fasa analisis. Aktiviti ini adalah sangat penting bagi memilih alternatif yang terbaik untuk fasa rekabentuk.4 BAB 4 ANALISIS DAN REKABENTUK SISTEM 4.1 Pengenalan Bab ini menerangkan mengenai pendekatan rekabentuk struktur yang terlibat dalam pembangunan Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE. Sistem ini merangkumi keperluan unit berdasarkan latar belakang projek bagi membangunkan sesebuah sistem. Rekabentuk model yang digunakan ialah Carta Alir, Rajah Hubungan Entiti, Rajah Aliran Data Aras 0 dan Aras 1, Rajah Konteks. Rekabentuk sistem amat penting untuk memperjelaskan secara terperinci perjalanan sistem bagi membina sistem yang bersesuaian dengan kehendak pengguna dan proses penyelenggaraan sistem.

Rekabentuk antaramuka bagi setiap proses juga turut dilakar dan dibincangkan di dalam bab ini. 4.2 Analisa keperluan sistem Analisa keperluan sistem ini dijalankan untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang keperluan bagi membangunkan Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE.

Ia melibatkan penganalisaan data yang telah diproses daripada input kepada output diperincikan dengan rajah yang sesuai. Carta Alir dan Rajah Hubungan Entiti merupakan rajah yang sesuai yang digunakan bagi menggambarkan perjalanan sistem. Cara penyimpanan data dalam pangkalan data turut dijelaskan bagi memastikan pangkalan data yang dibina terus dan memudahkan proses penyimpan dan pengeluaran data dari pangkalan data.

29 4.2.1 Rajah Carta Alir Carta alir dibina untuk menunjukkan perjalanan Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE yang akan dibangunkan.

Carta alir ini menunjukkan aliran perjalanan sistem ini. Terdapat dua carta alir yang terkandung di dalam sistem ini iaitu pihak pengguna dan pentadbir. Carta alir peserta kayak dan pihak pentadbir iaitu MBOCE adalah yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.1 dan Rajah 4.

2. Rajah 4. 1 Carta Alir pengguna Rajah 4.

1 Menunjukkan carta alir proses bagi pihak pengguna. Pengguna akan dapat melihat paparan laman utama dan boleh memilih menu yang terpapar seperti sasaran,30 latarbelakang, aktiviti, anugerah dan hubungi kami. Pengguna boleh menggunakan sistem ini tanpa sekatan tetapi di menu anugerah, pengguna boleh memilih mana-mana anugerah yang disediakan untuk menjawab soalan ujian teori berdasarkan anugerah yang dikehendaki.

Apabila pengguna telah memilih menu anugerah terdapat beberapa menu yang berkaitan dengan penganugerahan kejurulatihan seperti menu pengenalan, ujian teori, nota silibus mboce dan tutorial. Sebagai contoh pengguna memilih menu ujian teori dan memilih anugerah bintang 1. Pengguna akan log masuk terlebih dahulu dengan menggunakan kata nama, dan katalaluan yang telah didaftarkan. Disini proses semakan log masuk akan bermula dimana katanama dan katalaluan yang dimasukkan mestilah sama, dan jika tidak ia akan kembali semula ke paparan log masuk. Bagi pengguna yang belum mendaftar, mereka perlu mendaftar dahulu dan akan kembali ke log masuk untuk log masuk semula. Setelah itu, pengguna akan dipaparkan antaramuka soalan ujian teori yang melayakkan mereka untuk mendapat penganugerahan.

Bagi menu pengenalan pengguna akan mendapat maklumat tentang setiap penganugerahan kejurulatihan MBOCE dan menu nota silibus serta tutorial pengguna dapat memuat turun nota dan menonton video tutorial praktikal setiap jenis anugerah yang akan mereka jalani setelah lulus ujian teori.31 Rajah 4. 2 Carta Alir pihak MBOCE Rajah 4.

2 Menunjukkan rajah carta alir proses bagi pihak pentadbir iaitu MBOCE . Pihak pentadbir akan log masuk terlebih dahulu dengan menggunakan kata nama, dan katalaluan sementara. Disini proses semakan log masuk akan bermula dimana katanama dan katalaluan yang dimasukkan mestilah sama, dan jika tidak ia akan kembali semula ke paparan log masuk. Selepas selesai log masuk ke sistem, pihak32 pentadbir boleh memilih Menu yang disediakan sama ada Senarai ahli, Senarai Calon Ujian Teori dan Soalan Ujian Teori.

Pentadbir boleh mendapatkan senarai ahli berdaftar di menu senarai ahli dan senarai nama calon ujian teori setiap anugerah yang disediakan untuk tujuan pengesahan penganugerahan serta mengemaskini soalan ujian teori. 4.2.2 Gambarajah Konteks Rajah Konteks menunjukkan menggambarkan aliran data bagi keseluruhan Sistem Penganugerahan Kejurulatihan dan Pengurusan Ahli MBOCE seperti dalam Rajah 4.7 di bawah. Antara entiti yang terlibat di dalam sistem ini ialah pengguna dan pentadbir iaitu MBOCE. Untuk entiti pengguna, akan masuk ke laman utama dan pengguna akan log masuk ke dalam sistem dengan menggunakan kata nama dan kata laluan apabila pengguna memilih untuk menduduki ujian teori. Setelah berjaya log masuk, pengguna boleh menjawab ujian teori yang disediakan sebelum mereka layak untuk menjalani ujian praktikal dan dianugerahkan anugerah kejurulatihan MBOCE.

Bagi pihak pentadbir pula, pihak pentadbir akan log masuk dengan menggunakan kata nama dan juga kata laluan. Selepas selesai log masuk ke sistem, pihak pentadbir boleh memilih Menu yang disediakan sama ada Senarai ahli, Senarai Calon Ujian Teori dan Soalan Ujian Teori. Pentadbir boleh mendapatkan senarai ahli berdaftar di menu senarai ahli dan senarai nama calon ujian teori setiap anugerah yang disediakan untuk tujuan pengesahan penganugerahan serta mengemaskini soalan ujian teori. Rajah 4.3 Rajah Konteks Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE33 4.2.4 Rajah Aliran Data Aras 0 Rajah Aliran Data Aras 0 merupakan pecahan daripada gambar Rajah Konteks. Ia memberikan gambaran aktiviti utama di dalam Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE. Rajah Aliran Data Aras 0 menjelaskan tentang aliran data dari Rajah Konteks dengan lebih terperinci seperti yang terkandung di dalam rajah 4.4.34 Rajah 4.4 Rajah Aliran Data Aras 0 Di dalam proses 1.0 pihak pengguna dan pentadbir log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan katalaluan yang telah didaftarkan untuk menduduki ujian teori bagi anugerah yang disediakan dan mendapatkan serta mengemaskini maklumat pengguna oleh pentadbir. Manakala, bagi yang belum mendaftar perlu ke proses 2.0 dimana pengguna baru akan mendaftar dan maklumat pendaftaran akan disimpan di jadual Pengguna. Selepas itu maklumat dari jadual Pengguna digunakan bagi akses ke proses 3.0 untuk peserta menjawab soalan ujian teori bagi setiap anugerah yang disediakan dan maklumat seperti jawapan ujian serta markah ujian akan disimpan di dalam jadual Ujian dan digunakan bagi proses 4.0. Didalam proses 4.0, maklumat dari jadual Ujian digunakan dalam proses penganugerahan. Maklumat pengesahan disahkan oleh pentadbir dan disimpan dalam jadual Anugerah . Maklumat dari jadual Anugerah dan Pengguna digunakan bagi penjanaan laporan di dalam proses 5.0. Penjanaan laporan bagi anugerah dan pengguna yang berdaftar bagi rujukan Pentadbir dengan memasukkan maklumat35 pengguna atau memilih dari jenis anugerah kejurulatihan MBOCE bagi memilih laporan yang dikehendaki . 4.2.4 Rajah Aliran Data Aras 1 Rajah Aliran Data Aras 1 ini menunjukkan perincian yang lebih mendalam pada proses Aliran Data Aras 0. Setiap proses dalam aras 1 mengandungi nombor proses yang sama dengan proses utama diikuti dengan nombor jujukan sub proses yang terlibat. Rajah 4.5 menunjukkan Rajah Aliran Data Aras 1 Proses 1.0 bagi Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE. Pada permulaan proses peserta dan pentadbir perlu mengisi log masuk sistem dan seterusnya maklumat itu disimpan di jadual Pengguna. Kemudian, status log masuk disahkan melalui nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan. Proses 1.0 ini terlibat di dalam proses 3.0 iaitu log masuk hanya apabila pengguna ingin menduduki ujian teori bagi penganugerahan kejurulatihan yang disediakan. Rajah 4.5 Rajah Aliran Data Aras 1 proses 1.0 Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE Rajah 4.6 menunjukkan Rajah Aliran Data Aras 1 Proses 2.0 bagi Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE. Pada permulaan proses peserta perlu mengisi maklumat di dalam borang pendaftaran dan36 seterusnya sistem mengesahkan pendaftaran itu seterusnya maklumat pendaftaran ahli baru ini disimpan di dalam jadual Pengguna. Rajah 4.6 Rajah Aliran Data Aras 1 proses 2.0 Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE Rajah 4.7 menunjukkan Rajah Aliran Data Aras 1 Proses 3.0 bagi Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE. Dalam proses ini peserta perlu memasukan maklumat yang diambil dari jadual Pengguna bagi akses proses ini dan seterusnya memilih jenis ujian mengikut anugerah yang disertai. Kemudian peserta perlu menjawab soalan ujian teori yang dijana dan dikemaskini oleh sistem dari jadual Soalan dan markah ujian itu disimpan di dalam jadual Ujian dan jadual Anugerah bagi tujuan semakan oleh pentadbir dan pengesahan untuk menjalani ujian praktikal.37 Rajah 4.7 Rajah Aliran Data Aras 1 proses 3.0 Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE Rajah 4.8 menunjukkan Rajah Aliran Data Aras 1 Proses 4.0. Pada permulaan sistem akan menggunakan maklumat Ujian seperti markah ujian dari jadual Ujian bagi menjalankan proses pengesahan yang dijalankan oleh pentadbir bagi pengesahan penganugerahan. Seterusnya maklumat dari pengesahan anugerah disimpan di dalam jadual Anugerah bagi tujuan rujukan dan simpanan pentadbir serta disimpan dalam jadual Pengguna bagi mengemaskini Maklumat pengguna.38 Rajah 4.8 Rajah Aliran Data Aras 1 proses 4.0 Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE Rajah 4.9 menunjukkan Rajah Aliran Data Aras 1 proses 5.0 bagi Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE. Dalam proses ini, laporan Anugerah dan Pengguna dijana untuk semakan dan simpanan pentadbir. Pentadbir akan memasukan maklumat pengguna dan sistem menjana laporan mengenai anugerah yang disertai oleh peserta yang disimpan di dalam jadual Anugerah. Rajah 4.9 Rajah Aliran Data Aras 1 proses 5.0 Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE39 4.2.5 Requirement Tracebility Matrix Dalam jadual 4.1 menunjukkan senarai dan penerangan untuk Requirement Traceability Matrix yang telah dikumpul dan dispesifikasikan mengikut proses yang terdapat di dalam sistem ini. Jadual 4.1 Requirement Traceability Matrix Senarai Penerangan SRS_REQ_100 ? SRS_REQ_101 ? SRS_REQ_102 ? SRS_REQ_103 Log Masuk Pengguna ? Paparan log masuk ? Daftar masuk ke dalam sistem ? Papar antaramuka ujian teori SRS_REQ_200 ? SRS_REQ_201 ? SRS_REQ_202 ? SRS_REQ_203 Log Masuk Pentadbir ? Paparan log masuk pentadbir ? Daftar masuk ke dalam sistem ? Papar antaramuka pentadbir SRS_REQ_300 ? SRS_REQ_301 ? SRS_REQ_302 ? SRS_REQ_303 ? SRS_REQ_304 Pendaftaran Pengguna Baru ? Paparan log masuk ? Pilih menu pendaftaran baru ? Memasukkan maklumat pengguna baru ? Papar maklumat pengguna di setelah log masuk SRS_REQ_400 ? SRS_REQ_301 ? SRS_REQ_302 ? SRS_REQ_303 ? SRS_REQ_304 ? SRS_REQ_305 ? SRS_REQ_306 ? SRS_REQ_307 Ujian Teori ? Pilih Menu Anugerah ? Paparan Menu Anugerah ? Pilih Menu Ujian Teori ? Masukkan id pengguna untuk mendaftar ujian ? Jawab soalan teori yang telah dijana oleh sistem ? Paparan Markah Ujian ? Cadangan kelayakkan ke Ujian Praktikal SRS_REQ_400 ? SRS_REQ_401 Pengesahan Penganugerahan ? Log Masuk pentadbir40 Senarai Penerangan ? SRS_REQ_402 ? SRS_REQ_403 ? SRS_REQ_404 ? Paparan antaramuka pentadbir ? Pilih Menu Senarai Calon ujian Teori ? Sahkan kelayakkan penganugerahkan dan simpan maklumat pengesahan SRS_REQ_500 ? SRS_REQ_501 ? SRS_REQ_502 Tutorial ? Pilih tutorial mengikut jenis anugerah yang diinginkan ? Paparan video tutorial SRS_REQ_600 ? SRS_REQ_601 ? SRS_REQ_601 ? SRS_REQ_603 Nota Silibus MBOCE ? Pilih nota silibus mengikut jenis anugerah yang diinginkan ? Paparan Nota Silibus ? Cetak Nota Silibus yang dipilih 4.3 Rekabentuk sistem Rekabentuk sistem merupakan elemen penting dalam pembangunan sistem kerana ia dapat menggambarkan fungsi utama pada sistem ini. Reka bentuk sistem perlulah dirancang dengan teliti dan menyeluruh bagi memastikan keperluan dan kehendak pengguna sistem yang akan menggunakan sistem ini memenuhi keperluan dan fungsinya mengikut kehendak pengguna sama ada peserta kayak mahupun pentadbir iaitu MBOCE. 4.3.1 Rajah Hubungan Entiti Rajah menunjukkan jenis entiti dan perhubungan entiti bagi Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.10.41 Rajah 4. 10 Rajah Hubungan Entiti Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE 4.3.2 Rekabentuk Pangkalan Data Proses rekabentuk pangkalan data bertujuan untuk menterjemahkan penerangan data logikal kepada spesifikasi yang bersesuaian. Rekabentuk pangkalan data ini diterjemahkan melalui kamus data iaitu simpanan jadual dalam pangkalan data. Kamus data adalah tempat penyimpanan bagi pangkalan data, medan data bagi setiap jadual yang terlibat adalah atribut, jenis data, bilangan panjang medan data dan penerangan setiap data tersebut. Jadual di bawah akan menerangkan secara terperinci setiap pangkalan data yang terdapat di dalam Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE. Jadual 4.2 di bawah memperincikan setiap kegunaan jadual-jadual yang terdapat di dalam pangkalan data sistem ini. Jadual 4.2 Jadual Pangkalan Data Jadual Kegunaan Pengguna Mengandungi maklumat pengguna sistem MBOCE. Ujian Mengandungi maklumat ujian sistem MBOCE. Anugerah Senarai anugerah MBOCE.42 Soalan Senarai soalan ujian teori peserta anugerah MBOCE. Admin Mengandungi maklumat pentadbir sistem MBOCE. 4.3.3 Kamus Data Kamus data merupakan penghuraian secara jelas mengenai data-data yang akan disimpan di dalam pangkalan data Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE. Setiap jenis data, atribut dan keunikan yang digunakan akan diterangkan dengan lebih terperinci di dalam kamus data ini. Jadual 4.3 menunjukkan atribut yang terlibat dalam jadual Pengguna. Data ini diwujudkan bagi tujuan untuk menyimpan maklumat peserta dan pentadbir yang berdaftar pada sistem ini. Menurut Jadual 4.3 data pengguna mempunyai nama_pengguna, emel, kata_laluan, nama_penuh, no_pengenalan, jantina, bangsa, agama dan kelayakan dimana no_pengenalan dijadikan kunci utama untuk membezakannya dengan atribut yang lain. Jadual 4.3 : Jadual Data Pengguna Atribut Jenis data penerangan nama_pengguna Varchar nama pengguna kata_laluan Varchar Katalaluan akaun pengguna emel Varchar emel pengguna nama_penuh Varchar Nama penuh Pengguna no_pengenalan Varchar No Kad Pengenalan Pengguna agama Varchar Agama dianuti oleh Pengguna bangsa Varchar Bangsa pengguna jantina Varchar jantina pengguna kelayakan Varchar Kelayakan pengguna Jadual 4.4 menunjukkan atribut yang terlibat dalam jadual data Ujian. Data ini diwujudkan bagi tujuan untuk menyimpan maklumat ujian yang perlu diduduki oleh43 peserta anugerah. Menurut Jadual 4.4 data ujian mempunyai ID_Ujian, ID_Pengguna , Nama_Ujian, Markah_Ujian dan ID_Ujian dijadikan kekunci utama jadual ini. Jadual 4.4 : Jadual Data Ujian Atribut Jenis data penerangan ID_Ujian Varchar No id jenis ujian ID_Pengguna Varchar No id akaun pengguna Nama_Ujian Varchar Nama jenis ujian yang dijalankan Markah_Ujian Int Markah ujian teori Jadual 4.5 menunjukkan atribut yang terlibat dalam jadual data Anugerah. Data ini diwujudkan bagi tujuan untuk menyimpan maklumat Anugerah yang diadakan oleh MBOCE . Menurut Jadual 4.5 data Anugerah mempunyai Id_kelayakan dan nama_kelayakan . Jadual 4.5 : Jadual Data Anugerah Atribut Jenis data penerangan Id_kelayakan Varchar No id bagi anugerah nama_kelayakan Varchar Nama bagi anugerah Jadual 4.6 menunjukkan atribut yang terlibat dalam jadual data Bank Soalan. Data ini diwujudkan bagi tujuan untuk menyimpan maklumat soalan yang akan dijana untuk kegunaan ujian setiap anugerah yang disertai. Menurut Jadual 4.6 data Bank Soalan mempunyai ID_Soalan, ID_Ujian dan ID_Soalan dijadikan kekunci utama bagi membezakan soalan yang disimpan di dalam jadual Bank Soalan ini. Jadual 4.6 : Jadual Soalan Atribut Jenis data penerangan ID_Soalan varchar No id soalan yang disimpan44 ID_Ujian varchar No id jenis ujian Jadual 4.7 menunjukkan atribut yang terlibat dalam jadual admin . Data ini diwujudkan bagi tujuan log masuk admin. Menurut jadual 4.6 data admin mempunyai admin_nama dan admin_password dan admin_nama dijadikan kekunci utama untuk jadual admin ini. Jadual 4.7 : Jadual Admin Atribut Jenis data penerangan Admin_nama varchar Nama pengguna bagi admin Admin_password varchar Katalaluan bagi admin 4.4 Rekabentuk antaramuka Antaramuka bagi Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE mula direka bentuk berdasarkan kriteria-kriteria yang sedia ada. Pautan digunakan untuk menghubungkan kesemua antaramuka. Perisian Bracket dan Xampp digunakan untuk membangunkan antaramuka sistem ini. Rajah 4.11 menunjukkan antaramuka bagi halaman log masuk bagi Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE. Log masuk ini adalah untuk pengguna. Pengguna akan memasukan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan di dalam ruangan yang disediakan.45 Rajah 4. 11 Rajah antaramuka log masuk Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE . Seterusnya rajah 4.12 menunjukkan antaramuka bagi halaman pendaftaran ahli baru bagi Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE . laman ini adalah untuk pengguna yang baru ingin mendaftar menjadi ahli MBOCE . Pengguna akan memasukkan maklumat mereka dan maklumat akan disimpan oleh sistem untuk proses Log Masuk.46 Rajah 4. 12 Rajah antaramuka pendaftaran Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE Rajah 4.13 menunjukkan antaramuka bagi laman utama bagi Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE. Paparan antaramuka laman utama ini adalah dari hasil akses yang sah dari pihak pengguna dan pentadbir. Pelbagai pilihan menu disediakan untuk pengguna seperti. Rajah 4. 13 Rajah antaramuka laman utama bagi Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE47 4.5 Kesimpulan Pada keseluruhan bab 4 ini, penerangan mengenai analisa dan rekabentuk sistem telah diterangkan secara terperinci berdasarkan rajah aliran data (Data Flow Diagram) dan rajah hubungan entiti (Entity relationship diagram). Di dalam rajah aliran data tersebut terdapat pecahan sub-proses yang menerangkan secara lebih terperinci dan mendalam serta perkaitan dengan proses keluar masuk dari pangkalan data. Bagi rajah konteks pula, ia menjelaskan secara ringkas daripada rajah aliran data mengenai entiti yang terlibat di dalam Sistem Penganugerahan Kejurulatihan Berkanu dan Pengurusan Ahli MBOCE. Tujuan rajah tersebut adalah untuk menerangkan secara jelas proses-proses, pangkalan data, entiti pengguna, kardinaliti entiti dan perhubungan fungsi sistem tersebut. Analisa tersebut dilakukan berdasarkan rekabentuk antaramuka dan rekabentuk pangkalan data yang memudahkan pemahaman dan penerangan kaedah sistem ini dibangunkan. Paparan rekabentuk akan memberi gambaran jelas terhadap proses dan fungsi yang berlaku di dalam sistem ini serta pangkalan data merupakan kamus data yang menyimpan maklumat berkaitan dengan proses pendaftaran, bina data, tambah data, padam data dan cetak data. Paparan rekabentuk akan dijelaskan secara terperinci pada bab seterusnya.48 5 BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 5.1 Pengenalan Fasa implementasi dan pengujian merupakan fasa yang terakhir dalam proses pembangunan sesebuah sistem. Di dalam fasa ini menerangkan secara terperinci mengenai perjalanan pembangunan Sistem penganugerahan kejurulatihan dan pengurusan ahli MBOCE. Pembangunan sistem ini amat penting untuk mengawal pergerakan perjalanan sistem agar modul yang telah dirancang dalam fasa analisis dapat beroperasi dengan baik. Fasa pengujian pula merupakan fasa yang penting kerana melalui fasa inilah dapat mengetahui sama ada status sesebuah sistem itu berjaya atau gagal untuk menepati kehendak pengguna dan seterusnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dalam fasa pengujian ini, pengguna yang terlibat adalah peserta kayak dan pentadbir iaitu pihak MBOCE. Segala modul yang terdapat dalam sistem ini akan diuji oleh peserta kayak dan pentadbir serta bahasa pengaturcaraan yang digunakan akan dinilai tahap keberkesanan dan kefungsiannya. 5.2 Implementasi Sistem ini diimplementasikan mengikut proses perancangan dan rekabentuk asal yang telah dispesifikasikan pada peringkat awal pembangunan sistem. Sistem ini telah dibangunkan untuk mengantikan kaedah secara manual yang telah diguna pakai sebelum ini. Di dalam fasa ini, ia melibatkan pemasangan pelbagai perisian, pembangunan sistem termasuk juga pengaturcaraan yang digunakan bagi menghasilkan modul-modul di dalam sistem ini dan juga kawalan terhadap sistem ini. Untuk merealisasikan rekabentuk yang telah dibuat sebelum ini semasa fasa rekabentuk, perisian- perisian yang sesuai perlu dipasang seperti Adobe Dreamweaver49 CS6, XAMPP versi 3.2.2 dan digunakan untuk mengimplementasikan antaramuka sistem ini. Bagi proses pengubahsuaian gambar-gambar yang digunakan dalam sistem ini adalah menggunakan perisian Adobe Photoshop CS6 dan Adobe Illustrator CS6. Proses implementasi ini memerlukan pembangun sistem untuk mengetahui bahasa pengaturcaraan yang digunakan iaitu PHP. 5.3 Penulisan kod aturcara Penulisan kod aturcara yang betul dan tepat adalah amat penting bagi setiap sistem yang dibangunkan kerana fungsi kod aturcara adalah untuk menghubungkan antaramuka serta modul-modul yang dihasilkan. Ianya juga membolehkan sistem ini berfungsi dan mengeluarkan hasil mengikut kehendak pengguna inginkan. Di bawah ini merupakan beberapa keratan kod aturcara yang terlibat di dalam proses bagi membangunkan Sistem penganugerahan kejurulatihan dan pengurusan ahli MBOCE. 5.3.1 Konfigurasi sambungan pangkalan data Pembangunan rekabentuk antaramuka di dalam sistem ini adalah menggunakan pemisahan fail iaitu dengan memisahkan komponen-komponen menjadi lebih mudah dan pantas. Nama pangkalan data sistem ini adalah mboce dan hendaklah dimasukkan pada aturcara ini bagi menghubungkan pangkalan data dengan kod aturcara. Fail ini dinamakan sebagai connection/db.php. Fail ini perlu dipanggil pada setiap fail sistem yang dibangunkan. Rajah 5.1 menunjukan keratan aturcara bagi menghubungkan pangkalan data dengan antaramuka sistem. Rajah 5. 1 Keratan aturcara bagi menghubungkan pangkalan data dengan antaramuka50 5.3.2 Implementasi antaramuka 5.3.2.1 Modul pendaftaran akaun baru Setiap maklumat yang tertera dalam borang perlu diisi terlebih dahulu sebelum proses pendaftaran dibuat. Rajah 5.2 adalah antaramuka pendaftaran dan rajah 5.3 menunjukkan kod aturcara yang digunakan pada modul pendaftaran pengguna yang belum berdaftar dengan MBOCE. Tujuannya adalah memudahkan pengguna memasukkan data supaya dapat memudahkan proses penyimpanan maklumat peribadi pengguna system ini dan juga pentadbir menguruskan maklumat tersebut. Modul pendaftaran ini hanya untuk pengguna baru sahaja dan yang ingin mendaftar bagi menduduki ujian teori bagi penganugerahan MBOCE. Rajah 5. 2 Antaramuka pendaftaran51

x

Hi!
I'm Piter!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out